250 ANGGOTA PKR KELUAR PARTI, SOKONG BN

250 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Pangkor dan Pasir Bogak mengumumkan keluar parti bermula Ahad lalu selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PKR Cabang Lumut.

Kesemua mereka yang menyertai parti yang ditubuhkan sejak 15 tahun di Pulau Pangkor itu menyerahkan borang keluar parti di pejabat PKR Cabang Lumut selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR dalam menjaga kebajikan masyarakat tempatan khususnya di Pulau Pangkor.

Bekas Ketua Ranting PKR Pangkor, V.Subramaniam kecewa dengan tindakan kepimpinan PKR terutama anggota Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid, yang jarang sekali turun ke Pulau Pangkor dan mengambil tahu mengenai masalah masyarakat setempat.

Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan Pertubuhan Anbudamai bagi menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) yang sentiasa komited dalam menjaga kebajikan rakyat.

Leave a Reply