ZON BEBAS CUKAI BUKIT KAYU HITAM JADI AGENDA PEMBANGUNAN

Najib, yang juga Pengerusi BN, turut memberikan jaminan bahawa Zon Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam akan menjadi agenda pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang lagi, malah ia sudah pun dimulakan melalui penghapusan tol di kawasan itu bermula Januari lalu.

“Tahun hadapan laluan di sana (pintu sempadan Bukit Kayu Hitam) akan dibuka 24 jam dan kawasan 12,000 ekar (Zon Bebas Cukai) merupakan titik permulaan gagasan pembangunan dari utara sampai ke selatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Raak kemudian mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan pasar Jitra dan RM400,000 bagi baik pulih gelanggang tenis yang disifatkan beliau sebagai salah satu bukti bahawa rakyat akan terus mendapat pelbagai manfaat jika BN kekal memerintah.

— BERNAMA

Leave a Reply