*BANTUAN KHAS PESAWAH BAKAL DINAIKKAN JIKA BN MENANG*

_Kerajaan Barisan Nasional hari ini sentiasa berada di sisi para pesawah, dengar keluhan dan jaga kebajikan semua. Kita sedar pesawah perlukan bantuan sementara tunggu Musim Menuai, oleh itu kita akan memberi bantuan untuk mereka”_ Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman twitternya.

Pesawah-pesawah di seluruh negara bakal menerima berita gembira apabila pengumuman bantuan khas pesawah akan dinaikkan jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

_Seandainya kerajaan BN diberikan sokongan sepenuhnya dalam pilihan raya umum akan datang, malam kemenangan itu, saya umum kenaikan khas kepada pesawah padi. Malam itu juga saya akan umum kepada pesawah_

Oleh itu, rakyat perlulah membuat keputusan yang bijak dalam memilih pentadbiran negara, hang pa kerja baik-baik, akan ada rezeki tambahan,” katanya lketika berucap melancarkan bantuan khas pesawah peringkat kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Alor Biak_

Pesawah padi merupakan golongan yang mesti kita hargai sumbangan mereka. Kita mesti memahami jerih payah keringat yang dicurahkan mereka sebagai pesawah padi. Sebelum ini, bantuan diberikan dengan peruntukan berjumlah RM2.7 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2020 untuk membangunkan sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Semua bantuan yang diberikan kepada pesawah adalah sangat berbaloi dan sememangnya patut dilakukan kerajaan kerana mereka adalah golongan yang bekerja kuat. Najib berkata tahun ini, kerajaan menyediakan peruntukan RM1.69 bilion untuk subsidi dan insentif pesawah di seluruh negara.

Leave a Reply