RM200 juta, 12 projek penempatan semula nelayan – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan khabar gembira apabila meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membangunkan 12 projek penempatan semula nelayan di seluruh negara.

Peruntukan tersebut diberikan bagi merealisasikan pelan transformasi yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan golongan ini tidak terpinggir dari arus pemodenan dan pembangunan.

Mereka juga berhak mendapatkan intensif daripada kerajaan dan merasai proses transformasi ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan ini kerana ingin melihat negara maju ke hadapan seiring era globalisasi masa kini.

Antara peruntukan yang turut disediakan kerajaan adalah:
1) Projek perumahan di Tanjung Dawai merupakan yang pertama di negara ini sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
2) Subsidi saraan nelayan sebanyak RM200 hingga RM300, misalnya dapat RM250 ditolak dengan harga sewa rumah, ia umpama dapat rumah percuma untuk mereka.
3) Kerajaan meluluskan RM147 juta untuk menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau iaitu daripada 30 juta liter sehari (mld) kepada 70 mld dengan projek naik taraf tersebut akan bermula April nanti.
4) Projek membaik pulih menara tangki air dan penggantian paip di kawasan Merbok dan Tanjung Dawai yang melibatkan kos RM19 juta serta pembinaan ‘off- river storage’ (ORS) iaitu simpanan air di tebing Sungai Merbok dengan peruntukan RM50 juta.
5) Kompleks LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) di Tanjung Dawai ini dinaik taraf, saya meluluskan RM6 juta untuk naik taraf Kompleks LKIM ini.

Leave a Reply