Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan.

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan oleh kerajaan dalam Dewan Parlimen  memperuntukkan mana-mana individu yang mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan berita atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar, boleh disabit bersalah.

Mereka yang terlibat akan dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan dan RUU ini tertakluk kepada rakyat Malaysia dan warga asing jika berita tidak benar yang disebarkan itu adalah mengenai Malaysia atau menyentuh rakyat negara ini.

Pertubuhan perbadanan seperti pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus atau seumpamanya juga boleh dihadapkan ke mahkamah sekiranya terbabit dalam penyebaran berita palsu.

Berikut merupakan hukuman yang dicadangkan mengikut beberapa fasal.

1) Fasal 4 (1) dimana individu yang melakukan kesalahan sama selepas disabit kesalahan pula, boleh didenda tidak lebih RM3,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan.
2) Fasal 2 RUU mentakrifkan berita tidak benar sebagai berita, maklumat, data dan laporan palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau bentuk lain.

Pihak yang terlibat menyediakan bantuan kewangan dalam penyebaran berita tidak benar juga boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun, manakala pihak yang memiliki berita tidak benar namun tidak menghapuskannya, boleh didenda sehingga RM100,000.

Leave a Reply