PROGRAM KEMBARA FELDA 2018 KPWKM PERKASA WANITA

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; KPWKM bersama Felda telah menganjurkan Program Kembara Felda 2018 yang melibatkan lapan kawasan Tanah Rancangan Felda Seluruh Negara dan bertujuan untuk memperkasakan wanita sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018.

_Timbalan Ketua Setiausaha (strategik) KWKM, Azman Mohd Yusof berkata, program yang melibatkan jentera KPWKM di parlimen setiap kawasan yang dilawati oleh pihaknya itu melihat penglibatan golongan wanita bukan sahaja dalam kalangan parlimen bahkan juga daripada gabungan persatuan wanita, permuafakatan siswa-siswi anak Felda (Persada) dan semua yang terlibat menjayakan program itu_

Selain memperkasakan wanita, tujuan program ini diadakan untuk warga tanah rancangan mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan rakan strategik yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuk penjagaan kesihatan, perundangan, latihan keusahawan, kemahiran, keselamatan anak-anak dan juga program bantuan bagi warga emas.

Leave a Reply