MANIFESTO PH BERHUBUNG ISU FELDA MUNDUR KE BELAKANG

Pembangkang amat mundur jauh ke belakang…
Kalau dapat kita lihat semula semua isu felda di Malaysia, hampir 80 peratus manifesto pembangkang telah pun dilaksanakan oleh Barisan Nasional; BN malah lebih baik dari manifesto PH…

Janji apa lagi yang PH hendak taburkan?
Tidak cukupkah menabur janji dalam isu air di Selangor dan belum dilunaskan?
Kini, nak masuk campur pula isu felda…

Hakikatnya,

PH tidak memahami sistem dan urus tadbir Felda. Contohnya yang jelas sekali dilihat adalah mereka menyebut untuk melupuskan 50 peratus daripada hutang peneroka sedia ada, sedangkan terdapat lebih 7,000 peneroka yang sifar hutang.

Cuba anda bayangkan….
Kalau RM5,000 dilupuskan untuk setiap peneroka, bagaimana pula dengan mereka-mereka lain yang berhutang, bukan sahaja tidak adil malah, menyebabkan ekonomi negara akan semakin berkurangan. Negara akan terpaksa menanggung beban hutang sebanyak RM5.2 bilion. Jumlah itu bukanlah sesuatu yang sedikit nilainya.

Sebaliknya,.
Pendekatan yang dilakukan oleh BN lebih holistik. Dari segi urus tadbir, Felda sudah pun berjanji dengan peneroka supaya pengurusan dan kepimpinannya mengamalkan urus tadbir yang penuh berintegriti. Bukan sahaja ikrar bebas rasuah, malah menempatkan pegawai SPRM dalam unit integriti bagi menjamin keselamatan dalam Felda.

PH ada buat tak macam tu? Takde bukan!

Pendekatan yang dilakukan oleh BN lebih bersifat holistik dan memberi faedah kepada semua iaitu hutang peneroka dilupuskan sebanyak RM5,000, manakala bagi peneroka yang sifar hutang akan menerima wang tunai RM5,000.

Janji pakatan pembangkang untuk mentransformasikan Felda telah dilaksanakan oleh BN melalui Felda 2.0 yang akan memberi wajah baharu kepada 317 kawasan tanah rancangan Felda di negara ini, yang bermula dengan Felda Lurah Bilut di Bentong, Pahang.

Jelas sekali….. Kerajaan BN juga mempunyai perancangan yang lebih tersusun dan terancang untuk meningkatkan lagi pendapatan peneroka sekaligus menaiktaraf Felda menuju ke arus pembangunan yang lebih baik.

Leave a Reply