KAD PRESTASI BUKTI KEBERANIAN PEMIMPIN UMNO JOHOR

Pembentangan Kad Laporan Pencapaian Kerajaan Johor 2013 hingga 2018 semalam melambangkan keberanian, keletusan dan kejayaan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Samsol Bari Jamali berkata ia juga mencerminkan kecemerlangan Barisan Nasional (BN) dalam melunaskan segala janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sekaligus menambah nilai dengan perancangan dan pelaksanaan perkara-perkara mengikut citarasa dan permintaan masa kini.

Dalam kad laporan tersebut mencatatkan pencapaian pelbagai bidang ekonomi, perumahan, infrastuktur awam, pembasmian kemiskinan, modal insan, Islam hinggalah ke soal penyampaian perkhidmatan awam, dilapor secara berfakta dan jelas.

 

Leave a Reply