TAKKAN BERTAHAN LAMA KALAU ASYIK BERSEPAH DENGAN SERPIHAN POLITIK

Parti pembangkang tidak akan bertahan lama kalau asyik bertukar-tukar ketua dan bersepah dengan parti politik di dalamnya.

Itulah…. Hanya tahu membidas dan membangkang sahaja.. tetapi tidak cuba untuk membentuk sebuah parti politik yang stabil demi kesejahteraan rakyat

Sikap pembangkang tersebut tidak mampu untuk menembusi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah sekian lama.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah jelas sekali meletakkan sepenuh keyakinan bahawa pengundi setianya tidak akan menukar haluan sebaliknya terus memberikan sokongan bagi memastikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kita tahu bahawa pengundi setia BN tidak akan bertukar walaupun ada parti serpihan kerana parti serpihan ini tidak akan kekal, tidak boleh buat apa-apa malah tidak boleh membantu dalam membangunkan sesuatu kawasan

Contohnya parti serpihan daripada PAS, akan mati macam itu sahaja…sama juga dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang dilihat gagal dalam pembentukannya kerana ketuanya sendiri tidak malu untuk bertanding atas nama DAP.

Leave a Reply