MANIFESTO PALSU PH: ISU RCI!

Pakatan Harapan; PH pernah berjanji untuk menyiasat skandal yang melibatkan Mahathir melalui Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji tapi sekarang nampaknya mereka calonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri pula… Jilat balik ludah nampak!

Nampak sangat PH yang pernah diketuai Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ikhlas untuk siasat kes tersebut secara keseluruhannya. Terus senyap cadangan penubuhan RCI untuk siasat kes Memali, skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF), skandal terowong dasar laut, skandal tanah Ijok, skandal banglo Lim Guan Eng dan banyak lagi skandal.

Buat manifesto tetapi banyak ciplak idea dan apa yang BN telah buat. Kenapa tidak cakap apa yang Selangor dan Pulau Pinang telah buat selama 10 tahun di sana? Sebab tiada benda yang dibuat, tiada kejayaan yang boleh dicerita dan ditiru. Banyak skandal rasuah, seleweng, gadai tanah dan gaduh sesama mereka.

Isu yang paling popular untuk mereka ialah 1MDB…Mereka kata Najib curi duit 1MDB… cakap banyak tanpa bukti..macam tu la jadinya….

Hakikatnya, punca permasalahan 1MDB ialah apabila perancangan awal untuk menyenaraikan Edra Energy digagalkan oleh pihak yang cuba mempolitikkan isu tersebut. Sebenarnya mereka mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, dan isu ini dipolitikkan dengan pelbagai tomahan, kononnya RM42 bilion (pinjaman) sudah hilang dan sebagainya.

Laporan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan.

Laporan tersebut menegaskan bahawa 1MDB merupakan satu model perniagaan, di mana ia tidak mempunyai asas yang kukuh kerana suntikan modal yang diberikan oleh kerajaan hanya sebanyak RM1 juta sahaja.

Najib telah menegaskan bahawa tidak terdapat mana-mana ayat dalam laporan tersebut yang menyatakan bahawa beliau telah mencuri wang dari syarikat tersebut atau pun duit derma daripada kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB.

Dinasihatkan agar berhati-hati dalam mendengar manifesto dengan penipuan PH…Dengar boleh…percaya jangan!. Banyak tipu mereka ini..main cincai je…. buatnya tak reti…!!!

Leave a Reply