GAJI MIN RM3,500 BUAT TENAGA KERJA MAHIR

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mencadangkan agar gaji minima tenaga kerja mahir tempatan diletakkan pada RM3,500 sebulan untuk disamakan dengan gaji minima yang dibayar kepada pekerja mahir asing di Malaysia.

Kenaikan gaji yang bertujuan memberi motivasi dan semangat kepada golongan muda untuk terus menceburi bidang Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) sekaligus membantu memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan untuk memastikan masalah pengangguran dapat diselesaikan.

Walaubagaimanapun, terdapat berita baik yang diberikan khusus kepada pelajar TVET ini. Berkemungkinan menjelang tahun 2030, gaji mereka akan meningkat sehingga mencecah RM5,000…Perkara ini pastinya membantu golongan muda untuk lebih berjaya dan berdaya saing di masa akan datang

Leave a Reply