Anggota sembilan jambatan serta agensi boleh mengundi pos dalam negara

Anggota sembilan jabatan serta agensi yang layak mengundi dan disahkan majikan perlu bertugas pada hari mengundi boleh memohon sebagai pengundi pos dalam negara sehingga lima hari sebelum hari penamaan calon, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Anggota jabatan dan agensi terbabit adalah petugas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; Jabatan Penjara; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Kesihatan (hospital dan klinik kerajaan sahaja); Sukarelawan Polis; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Jabatan Imigresen; Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar sahaja)

Permohonan boleh dibuat melalui

1) Borang 1C yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR, diisi lengkap dan dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my atau melalui faks ke 03-88810424/ 0399/ 0394/ 0386/ 0369._

2) Mengemukakan permohonan melalui pos ke alamat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Menara SPR, No 2 Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya (u.p. Unit Pengurusan Undi Pos),” menurut SPR dalam catatan #infopru14 di laman Facebook rasmi suruhanjaya itu di www.facebook.com/Pilihanrayaumumke14/.

Setiap permohonan yang diterima akan diproses dan pemohon dimaklumkan oleh SPR mengenai status permohonan mereka itu sama ada diluluskan atau sebaliknya.

Satu lagi kategori pengundi pos adalah kategori petugas pilihan raya.

1) Polis serta tentera yang tidak dapat hadir mengundi awal, dan petugas media boleh membuat permohonan melalui Borang 1A.

2) Permohonan melalui Borang 1A yang lengkap diisi perlu dihantar ke pejabat pegawai pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing. Tarikh tutup permohonan kategori ini adalah pada hari penamaan calon.

Leave a Reply