SELAMAT HARI POLIS – NAJIB

*SELAMAT HARI POLIS*

Begitulah ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua anggota pasukan keselamatan tersebut. Malaysia menyambut sambutan Hari Polis ke-211 hari ini.

Jelas beliau menerusi laman twitternya, bahawa beliau amat menghargai pengorbanan dan jasa mereka semua dalam mempertahankan negara dalam apa jua keadaan samaada terik mahupun hujan, mereka sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Najib turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama anggota keselamatannya.

Alhamdulillah……. jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia sememangnya bertuah kerana dikurniakan Allah SWT keadaan persekitaran yang stabil, aman dan damai.

Sebahagian besar daripadanya adalah hasil usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah anggota-anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga dan memastikan keamanan yang kita nikmati ini terpelihara.

*Menjadi seorang anggota polis bukanlah mudah, kerana nyawa mereka dipertaruhkan dalam menjaga keselamatan negara.*

_Tidak tidur malam, berhadapan dengan penjenayah, membanteras aktiviti jenayah, menjalankan risikan, mengawal lalu lintas, memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, serta menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan adalah makanan untuk mereka_

Oleh sebab itu, petugas polis sewajarnya dihargai dan sudah tiba masanya  pengorbanan yang telah mereka lakukan demi tanah air tercinta ini diiktiraf.  Sudah pastinya, mereka melakukannya bukan kerana kepujian.

_Saya berdoa semoga semua anggota PDRM dan ahli keluarga mereka sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT_

3 insentif polis.jpg

 

 

Leave a Reply