“TV OKEY” PENGHUBUNG MESEJ SABAH DAN SARAWAK

TV OKEY merupakan kaedah berkesan dalam penyampaian berita atau mesej secara berkesan dan pembangunan industri kreatif antara Sabah dan Sarawak. Saluran televisyen baru yang dikhususkan kepada Sabah, Sarawak dan Labuan itu adalah mesej dua hala antara kerajaan dan rakyat dan sebaliknya dapat disalurkan secara langsung.

Tujuan televisyen itu diwujudkan adalah membawa mesej daripada rakyat kepada kerajaan. Maknanya, saluran TV ini diberikan tumpuan kepada masyarakat akar umbi di Sabah dan Sarawak supaya mereka boleh melahirkan ekspresi mereka, apa dalam isi hati mereka yang nak disampaikan kepada masyarakat umum dan kepada kerajaan.

Yang menariknya……… TV OKEY ini akan isampaikan melalui beberapa bahasa selain bahasa kebangsaan. Sebagai contoh,bahasa tempatan. Bahasa tempatan cukup berkesan apatah lagi dengan kepelbagaian kumpulan etnik. Di Sabah sahaja, 52 kumpulan etnik. Itu yang rasmi. Yang tak rasmi mungkin lebih ramai. Di Sarawak, 27 kumpuan etnik. Mudah bukan?

TV OKEY berkenaan juga akan menjadi pencetus kepada pembangunan industri kreatif di Sabah dan Sarawak secara lebih meluas dalam kalangan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan, sekali gus mampu menjana pendapatan kepada negara amnya dan Sabah dan Sarawak khususnya.

 

Leave a Reply