NAJIB PANDANG SERIUS ISU SABAH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat memandang serius terhadap kepentingan rakyat Sabah dan pembangunan di negeri itu antaranya tak pernah dalam Kabinet Persekutuan, tak pernah dalam sejarah, tujuh orang menteri berasal dari Sabah.

“Saya kira dalam masa lebih kurang lapan tahun ini, saya telah melawat Sabah lebih kerap daripada seorang yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun,” katanya ketika berucap pada majlis tinjauan projek Jalan Telipok-Kiulu-Randagong di Kampung Pukak, hari ini.

Menurut Najib apa yang dilakukannya untuk Sabah dan juga negara ini selama ini bukan untuk kepentingan dirinya tetapi sebagai asas untuk melonjakkan lagi Sabah dan negara amnya ke tahap yang lebih maju.

“Macam kita buat di sini, di Kiulu ini, asas masa depan. Tuan-tuan berada diambang perubahan yang besar dan kita boleh mencapai (perubahan besar) itu dengan syarat kita memberi sokongan padu kepada BN,” katanya.

Mengenai peruntukan terbaharu diluluskan kerajaan persekutuan kepada kawasan Parlimen Tuaran, Najib berkata sebanyak RM2.2 juta telah diluluskan untuk masjid dan surau dan RM2.5 juta lagi untuk dewan Gereja St John Tuaran.

Najib juga berkata kerajaan akan menaik taraf jalan raya sepanjang 22 kilometer di kawasan Parlimen Tuaran selain akan menyediakan peruntukan untuk pengukuran tanah adat di kawasan berkenaan dalam penggal kerajaan akan datang.

SUMBER : BERNAMA

Leave a Reply