UGUTAN!.. PEMBANGKANG AKAN PECAT PENJAWAT AWAM SELEPAS BERJAYA MEMERINTAH

Semakin dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-14; PRU-14, semakin itulah tanduk parti pembangkang semakin jelas kelihatan. Belum lagi diberi jawatan, sudahpun menyondol mangsa. Kata mereka, mereka hendak memecat dan mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya berjaya memerintah.

Jadi…dimana hak penjawat awam untuk mengetahui sebab mereka dipecat daripada jawatan?
Barangkali, Pakatan Harapan yang diketuai DAP terlupa bahawa penjawat awam bukanlah seperti pemimpin parti yang mereka tidak suka dan boleh mengancam kedudukan rakyat. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa dan menakut-nakutkan penjawat awam. Dikhuatiri semakin banyak pengangguran yang akan berlaku di Malaysia.

Inikah yang mereka kata peduli hal rakyat? Belum memerintah, sudahpun pandai mengertak seolah-olah mereka tidak menghormati peranan penjawat awam. Menurut Dr. Nik Ahmad Kamal, penjawat awam dilindungi Perlembagaan dengan mempunyai hak-hak untuk didengari sebelum pemecatan dilakukan.

Justeru itu… Pakatan Harapan tiada hak untuk memecat orang sesuka hati… sewajarnya pakatan harapan yang perlu dipecat dahulu kerana pandai membuat janji palsu dan mementingkan diri sendiri. Keangkuhan sikap pemimpin Pakatan Harapan jelas terbukti berbaur ugutan selepas menyuarakan bahawa pegawai tertinggi kerajaan yang tidak bersama mereka dalam tempoh 30 hari selepas parti Pakatan Harapan memerintah akan dilucutkan jawatan serta merta.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu; PPBM itu amat memalukan parti itu sebenarnya... Tidak cukup dengan itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya, beliau berseloroh ingin mencampak Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ke dalam empangan apabila beliau mempersoalkan isu margin air di Selangor.

Sangat tidak profesional dan kebudak-budakan!

Penjawat awam perlulah membuka hati untuk melihat, memikir dan memilih parti yang sanggup bersusah demi rakyat dan komited untuk terus kekal membantu demi kesejahteraan rakyat…Pilihan yang tepat mampu menjamin keamanan dan masa depan negara ke arah yang lebih baik.

 

 

 

Leave a Reply