PROGRAM INTERVENSI SERLAH KEBOLEHAN KANAK-KANAK AUTISME

 

Kanak-kanak autisme adalah insan luar biasa yang perlu kita fahami, pelihara dan bentuk agar mereka mampu membesar dalam keadaan baik dan sama dengan kanak-kanak normal yang lain. Mereka juga sewajarnya mendapat hak perlindungan daripada masyarakat supaya mampu menjadi warga berkebolehan yang dapat menyumbang tenaga kepada kejayaan negara pada masa akan datang.

Menurut satu lawatan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di satu majlis perasmian pecah tanah progrek bangunan Permata Kurnia Zon Selatan Bukit Katil, beliau menyifatkan bahawa intervensi pada peringkat awal dapat menjamin masa depan yang lebih baik buat kanak-kanak. Mereka dilihat lemah, namun berkebolehan luar biasa dalam sesuatu bidang.

Sambil menceritakan pengalaman isterinya, seorang (kanak-kanak autisme) umur enam tahun boleh buat kiraan kimia dan matematik peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) jadi perlu ada intervensi bagi menyerlah bakat anak-anak kita ini. Tidak mustahil bahawa mereka mampu menjadi saintis suatu hari nanti.

Diharapkan bahawa kanak-kanak autisme ini akan terus kekal dipelihara dan menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada Malaysia khususnya dalam bidang-bidang kemahiran sekaligus membuka mata masyarakat untuk memandang tinggi kepada kanak-kanak autisme dan tidak mengetepikan golongan ini.

 

 

Leave a Reply