PARTI PEMBANGKANG TERUK, NAK TIRU JANJI SUBSIDI MINYAK PULAK!!!

Apa tujuan pakatan pembangkang membentangkan manifesto yang sudah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang sudahpun dilaksanakan?
Kita difahamkan bahawa parti pembangkang mempunyai muslihat tertentu untuk mengelirukan rakyat…

Adakah pakatan pembangkang buta atau buat-buat pekak telinga terhadap hasil usaha kerajaan?
Adakah ini adalah perancangan Raja segala “U-Turn” untuk menjatuhkan kerajaan?
Tak cukup dengan itu, mereka ingin menfitnah pula…

Semakin menghampiri Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), semakin itulah pelbagai fitnah yang parti pembangkang buat, dahla tidak reti menghargai sumbangan kerajaaan, malah buta tuli sahaja meniru manifesto kerajaan BN. Teruk! Parti pembangkang memang teruk!

Hal yang lebih teruk dapat dilihat juga adalah manifesto subsidi minyak yang dibuat oleh pakatan. Mereka berjanji untuk memperkenalkan kuota bulanan subsidi bahan bakar kepada kumpulan sasaran dan subsidi bahan bakar akan diberikan untuk motosikal dengan enjin di bahawa 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1300cc.

Maknanya, hanya golongan yang layak sahaja yang akan dapat subsidi dan pastinya akan berlaku pelbagai kes ketirisan yang serius apabila ada yang akan mengambil kesempatan untuk meperdagangkan hak subsidi minyak.

Mari penulis nak ajak imbas kembali kenangan teruk yang sudah pakatan harapan buat, pada tahun 1980-an, orang kampung terpaksa menjual baja untuk memberi beras, bahkan skim peduli sihat yang dilaksanakan di Selangor sudah menunjukkan kegagalan, tetapi tak habis-habis berangan nak laksanakan peringkat nasional pulak.

Kemudian… kalau dulu, banyak laporan diterima dari pihak klinik swasta kerana terpaksa mengenakan bayaran tinggi apabila merawat pesakit yang menggunakan kad peduli sihat. Akhirnya, yang mengaut keuntungan besar adalah kepada pakatan bukan kepada rakyat..

Sekarang subsidi minyak pula….subsidi minyak yang ingin dilaksanakan oleh parti pakatan hanyalah dogeng semata-mata, paling tidakpun…mereka akan melaksanakan beberapa bulan atau tahun sahaja. Kemudian, hilang seperti angin lalu… lebih-lebih kalau setelah Raja U-Turn kini menjadi pengerusi pakatan harapan, lagilah tidak boleh dipercayai!!…

Melayu mudah lupa!… Kata raja segala u-turn yang kini dilihat semakin lupa.. tidak menunaikan janji ketika zaman pemerintahannya dulu dan kini meniru manifesto kerajaan BN untuk merebut jawatan tanpa fikirkan rakyat…tamak dan gilakan kuasa pakatan ni!…

Leave a Reply