HIJRAH SELANGOR LEBIH BANYAK KELEMAHAN DARI KELEBIHAN!

HIJRAH SELANGOR adalah program Mikrokredit Bersepadu yang menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh parti pakatan pembangkang Selangor semenjak tahun 2010.

Program yang digagaskan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan dilancarkan pada tahun 24 Mac 2015 dikatakan bertujuan untuk membantu melebarkan golongan kelas menengah untuk mendapatkan modal tambahan yang dikatakan efisin kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.

Namun, hasilnya mendapati pelbagai kelemahan HIJRAH SELANGOR yang dilihat jelas dalam program ini……antaranya kelemahannya adalah :

– Kutipan bayaran balik pinjaman bersama dengan simpanan yang dijalankan secara mingguan oleh pegawai HIJRAH Selangor seolah-olah seperti Ahlong yang ingin mengutip hutang. Selain itu, para peniaga sukar untuk menyimpan kerana terpaksa memikirkan untuk bayar hutang pada setiap minggu seolah-olah mereka tidak diberikan masa selepas membuat pinjaman. Hal ini berbeza dengan pinjaman oleh kerajaan melalui TEKUN Nasional dimana peminjam mempunyai hak untuk buat pembayaran melalui aplikasi TEKUNPAY yang lebih efisin dan cepat berbanding HIJRAH SELANGOR yang dilihat menyukarkan.

– Bayaran perkhidmatan 8 peratus setahun atas jumlah pinjaman dikenakan bagi membiayai kos pengurusan pelaksanaan program dan perkhidmatan profesional. Jumlah ini agak tinggi jika dibandingkan dengan TEKUN NASIONAL yang sangat membantu usahawan dalam mendapatkan perlindungan di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok dan Plan Takaful Kredit. Hal ini membuktikan bahawa HIJRAH SELANGOR hanya menyediakan pinjaman semata-mata, dan insurans yang diberikan juga akan dikeluarkan setelah peminjam membuat bayaran.

– Skim yang ditawarkan adalah :

1) SKIM 1: RM 1,000 hingga RM 5,000
2) SKIM 2: RM 6,000 hingga RM 10,000
3) SKIM 3: RM 15,000 hingga RM 20,000
4) SKIM 4: RM 30,000 hingga RM 50,000

Tempoh bayaran balik keempat-empat skim ini adalah dari 6 bulan dan maksimum terhad kepada tiga tahun sahaja. Pada awalnya tiada masalah sekiranya peminjam membuat pinjaman bermula RM 1,000 hingga RM 5,000 dan membuat bayaran mengikut tempoh yangi ditetapkan. Namun, perkara ini akan menyukarkan buat peminjam skim 4 yang perlu melunaskan sekurang-kurangnya RM50,000 dalam tempoh tiga tahun.

Hal ini berbeza dengan TEKUN NASIONAL yang menawarkan skim pinjaman bermula jumlah RM 1,000 kepada RM 100,000 dengan tempoh bayaran antara 6 bulan hingga 10 tahun. Dan TEKUN NASIONAL juga telah menghadkan setiap pinjaman dengan jumlah bayaran tertentu. Sebagai contoh, peminjam berjumlah RM 1,000 hingga RM 5,000 perlu membayar sekurang-kurangnya RM 50 sebulan. Kaedah ini dilihat lebih teratur berbanding HIJRAH SELANGOR yang hanya ingin cepat mengutip hutang kepada peminjam.

Jelas kelihatan bahawa kerajaan pakatan pembangkang Selangor kekurangan duit untuk melaksanakan kaedah ini.

 

Leave a Reply