HAIWAN PELIHARAAN TERAPI STRESS BERKESAN

Perkembangan teknologi pada masa kini tidak mampu menangani kemampuan kaedah secara alami memandangkan jika menyebut soal membela haiwan peliharaan pastinya faktor sentuhan dan belaian menjadi keutamaan bagi membolehkan kaedah yang dilaksanakan berkesan untuk mengatasi masalah tekanan.

Ramai yang tidak menyedari bahawa haiwan peliharaan adalah terapi berkesan yang bukan sahaja dijadikan hobi atau memenuhi masa terluang anda, tetapi mampu mengatasi masalah kesihatan terutama kepada golongan dewasa yang pernah bekerja seharian dan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran atau kelihatan akibat terlalu penat belajar di sekolah.

Antara haiwan peliharaan yang boleh dijadikan pengubat adalah kucing, hamster, burung dan sebagainya, ada juga membela ikan peliharaan kegemaran untuk menjadi teman tatkala kebosanan.

Image result for haiwan peliharaan

Terapi haiwan peliharaan atau dinamakan Animal Assisted Theraphy (AAT) ini merupakan satu kaedah terapi yang menggunakan haiwan peliharaan untuk memulih dan merangsang perasaan atau emosi pesakit melalui interaksi bersama haiwan sama ada untuk golongan warga emas, dewasa dan kanak-kanak.

Menurut kajian yang telah dibuat ke atas pesakit yang terkena serangan jantung di Amerika Syarikat, mereka mendapati jumlah mereka yang mempunyai haiwan peliharaan kurang berisiko maut akibat penyakit itu berbanding kumpulan yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Malah, ada kajian lain mendapati membela haiwan peliharaan dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, merendahkan kolesterol serta menaikkan tahap hormon serotonin dan dopamine iaitu sejenis hormon yang membantu pesakit menjadi tenang dan santai.

Image result for haiwan peliharaan

Menurut Konsultan dan Kardiologis Paedetrik Hospital Pakar KPJ Ampang, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi, membela haiwan peliharaan bukan sahaja salah satu terapi yang terbaik kepada kanak-kanak, malah satu kaedah paling berkesan dalam merangsang perkembangan minda mereka.

Katanya, penggunaan haiwan hidup sebagai teman membolehkan kanak-kanak meneroka pelbagai perkara selain mendedahkan mereka kepada alam realiti berbanding permainan alam maya.

Mempunyai haiwan peliharaan bukan sahaja memberikan struktur atau rutin hidup yang baik kepada kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama haiwan berkenaan malah memberi mereka pendedahan baharu tentang kewujudan hubungan haiwan dan manusia.

Image result for haiwan peliharaan

Manfaat utama aktiviti itu mampu memupuk sikap bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan melalui tugas menguruskan haiwan berkenaan bermula daripada memberi makan, menjaga kebersihan dan kesihatan haiwan, menjaga kebersihan persekitaran, bermain dan menyediakan tempat yang sesuai untuk haiwan tersebut tidur dan sebagainya.

Selain itu, gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak juga dapat dipupuk apabila masa terluang bersama haiwan berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya. Melalui aktiviti membela haiwan juga dapat membantu kanak-kanak bersosial dan berinteraksi dengan orang lain selain ahli keluarga, iaitu dengan cara mengajar mereka bercakap dengan haiwan berkenaan dan kaedah yang sama boleh digunakan pada manusia.

Membela binatang turut mampu menghilangkan tekanan dan rasa cemas malah terdapat kajian membuktikan mereka yang membela haiwan peliharaan mempunyai usia yang panjang dan keadaan kesihatan yang lebih baik.

Related image

Satu perkara paling menarik tentang terapi haiwan ujar Dr. Nomee Ashikin, haiwan peliharaan akan menjadi teman hidup yang sangat setia kepada tuannya.

Ini sekali gus mengajar kanak-kanak tentang sifat simpati serta kasih sayang kepada makhluk tuhan. Proses paling baik yang dapat dilalui oleh kanak-kanak melalui pembelaan haiwan peliharaan ialah, bagaimana melalui saat-saat kehilangan ‘seseorang’ yang istimewa kerana setiap haiwan peliharaan akan mati dan lazimnya haiwan peliharaan akan mati dahulu sebelum tuannya.

Jadi, apabila mereka telah sayang pada haiwan itu, mereka akan menangis dan belajar bagaimana menguruskan rasa itu, sekali gus menjadi satu pendidikan rohani yang penting kepada perkembangan mereka.

Walaubagaimanapun, perkara paling utama untuk memastikan kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai alahan terhadap bulu binatang serta kulit haiwan yang dipelihara agar tidak mendatangkan masalah lain seperti batuk, kegatalan serta jangkitan kuman. Kanak-kanak yang mempunyai alahan seperti asma, resdung dan ekzema tidak digalakkan untuk membela haiwan peliharaan terutama daripada jenis yang berbulu seperti kucing, arnab dan anjing.

Selain itu, perlu diingatkan, sesetengah haiwan boleh mengundang bahaya kepada anak kecil misalnya membela anjing jenis Rottweiler, ular dan sebagainya. Justeru itu, ibu bapa perlu berhati-hati ketika mendedahkan anak-anak mereka dengan haiwan peliharaan dan bijak memilih haiwan yang bersesuaian.

 

 

SUMBER GAMBAR : GOOGLE

 

 

 

 

Leave a Reply