TAMAN REKREASI 99 WONDERLAND PARK KINI DIBUKA.

Taman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni, Kuala Lumpur yang merupakan mercu tanda rekreasi yang unik dan bahari kini dibuka selepas dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Taman yang dibangunkan seluas kira-kira 8.9 hektar oleh Kumpulan JL99 itu mengambil masa kira-kira dua tahun dengan kos sebanyak RM18 juta. Dibangunkan daripada sebuah kolam tadahan terbiar, kini tasik itu dihiasi dengan lampu-lampu LED pada waktu malam yang mampu menjadi tarikan orang ramai khususnya pelancong luar negara.

Antara tarikan taman rekreasi itu ialah ‘hatchery & incubator room’, ‘deer yard’, ‘ostrich farm’, ‘bird square’, ‘rabbit house’, ‘duck lagoon’ dan binatang-binatang eksotik serta kemudahan-kemudahan seperti Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring, Golden Waterfall, 12 Zodiac Zone dan 99 Cruise.

Beroperasi dari jam 6 petang hingga 9.30 malam (Isnin-Khamis) dan pukul 6 petang hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum) dan masuk adalah percuma selama sebulan bermula hari ini untuk kesemua warganegara Malaysia yang memegang MyKad.

Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff B.K Lee, berkata sokongan dan kerjasama daripada kerajaan untuk melaksanakan projek seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat di sekitar kawasan ini.

Leave a Reply