RUMPAI LAUT : KHAZANAH BERKHASIAT UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Rumpai laut atau “seaweed” merupakan sejenis algae yang terdapat lebih 10 ribu jenis dan terbahagi kepada 3 kumpulan warna iaitu hijau, merah dan coklat. Rumpai laut kini semakin dikenali terutamanya buat wanita yang menjadikannya sebagai makanan tambahan bagi menjaga kesihatan dan kecantikan.

Khazanah ini amat penting kerana mengandungi bahan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi untuk membantu mengekalkan kolagen dalam kulit dengan hanya makan secara mentah, dimasak atau dikeringkan begitu sahaja.

PicsArt_1425397591283.jpg

Persoalannya? Benarkah rumpai laut ini elok untuk kesihatan?
Malah menjamin kecantikan? Dan.. bebas daripada keracunan?

Sebenarnya…rumpai laut tidak membahayakan kerana ianya adalah rumpai semulajadi dan banyak digunakan dalam kosmetik dan begitu penting dalam dunia perubatan. Rumpai laut mempunyai beberapa jenis seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinarian yang sudah lama digunakan sejak berkurun lamanya.

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia yakni Prof Madya Dr. Muta Harah Zakaria dalam kajiannya mengatakan bahawa rumpai laut mempunyai nilai antibiotik, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Ianya juga baik dalam merendahkan tekanan darah dan paras kolestrol plasma.

rumpai laut.png

Bagaimana pula dengan khasiat?

1) Mengandungi kolagen yang berfungsi pelekat dalam badan.
2) Memberikan struktur kepada badan
3) Melindungi dan menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.
4) Membantu masalah dan memperbaiki kulit tanpa sebarang mudharat.
5) Mempunyai vitamin yang sangat baik.
6) Mempunyai antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea.
7) Berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.
8) Melancarkan kitaran darah.
9) Membantu dan merawat penyakit gastrik
10) Mengurangkan pembentukan selulit.
11) Menjadikan kulis kekal anjal dan lembap.

Berikut adalah antara khasiat yang baik akan perolehi sekiranya kita mengamalkan rumpai laut dalam pramid makanan kita. Namun, dinasihatkan untuk tidak makan secara berlebihan kerana dikhuatiri sakit perut, menghakis perut dan keracunan dalam badan kerana rumpai laut mengandung iodin yang tinggi.

Leave a Reply