*KWSP : PAKATAN HARAPAN MUNDUR KE BELAKANG, TIRU BN!*

Ketandusan idea!
Tidak berbijak di atas bumi yang nyata!
Mundur ke belakang!

3 ayat yang sesuai buat Pakatan Harapan yang tidak habis-habis berangan! Setiap tahun, begitulah manifestonya..Tiada yang berubah! Dibuat janji baru, diketepikan pula janji lama… Bahkan lebih teruk lagi, mereka meniru Barisan Nasional dan dibuatnya pula “U-Turn” kali ini…

Kali ni isu Kumpulan Wang Simpanan Nasional pula dimainkan…Cukuplah pelbagai janji yang menginsafkan rakyat dan kita tidak mahu “pisang akan berbuah dua kali”.

Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah menyenaraikan bayaran KWSP untuk suri rumah yang mana caruman tersebut akan disumbangkan daripada caruman KWSP yang bekerja pada kadar 2 peratus sebulan yang tidak membebankan.

Sedangkan, Kerajaan Barisan Nasional; BN telah pun memperkenalkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia pada tahun 2010 untuk merancang masa depan mereka bagi menggalakkan golongan bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap juga akan mempunyai simpanan.

Skim yang dilaksanakan oleh KWSP ini pada Januari 2010, setakat ini telah menarik minat 14,786 individu dengan jumlah caruman sebanyak RM13.2 juta. Yang menariknya…. skim ini semakin mendapat perhatian golongan pemandu teksi, nelayan, petani, penjaja, peniaga kecil, karyawan, golongan freelance seperti deejay dan sebagainya. KWSP kini turut mensasarkan suri rumah untuk menyertai skim ini.

Tidak seperti Skim Simpanan KWSP yang wajib bagi pekerja, pencarum skim ini tidak disyaratkan menyimpan secara bulanan sebaliknya boleh menyimpan apabila mereka mampu. Pencarum dibenarkan untuk membuat caruman maksimum sehingga RM5,000 sebulan.

Ternyata manifesto yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan hanyalah sebagai ulangan terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang sedia ada. Berbalik pada tiga ayat di atas, Ya…mereka ketandusan idea….. mereka tidak berpijak di bumi yang nyata dan yang paling penting, mereka mundur ke belakang…

BUAT IDEA BARU LAIN LAH, PAKATAN HARAPAN!!!!

 

Leave a Reply