TERDESAK! HINGGA SANGGUP BERTANDING ATAS TIKET DAP

Akibat terdesak, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasratnya walaupun terpaksa “malu sendiri” dek kerana tiada siapa yang menyokong dan tidak mempercayainya lagi. Bahkan terpaksa mencari “tiket” lain demi mencapai kepentingan diri.

Kalau hendak bertanding sekalipun dalam parti politik, berdirilah di atas kaki sendiri. Ini tidak, sanggup betul beliau bertanding di bawah tiket parti politik dalam Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubarkan.

_Tidak mampu nak menaikkan nama PPBM, kini beliau mengandaikan pula bahawa PPBM dibubarkan. Sudah kata… beliau ini sudah tua, patut berehat sahaja. Kan…dah terumbang-ambing cara parti yang kasihankan diri tu._

Cuba baca kata-kata beliau ini..

_Saya terbuka, malah saya sedia bertanding untuk DAP, mungkin presiden DAP,”katanya dengan sinis._

Jelas bukan… bahawa beliau memang nak bertanding sebab rebutkan jawatan semata-mata, bukan untuk kepentingan rakyat. Sedikit pun beliau tidak sentuh isu rakyat. Malah,disentuhnya pula isu nak jadi presiden. Amat memalukan! Rakyat pastinya tidak mahu memiliki pemimpin yang begitu.

Admin ada terbaca satu artikel yang ditulis oleh satu media sosial ini, apabila beliau ditanya sama ada kemelut yang melanda PPBM menjadi halangan bagi pakatan itu pada PRU nanti, beliau berkata:”Memang, jika mereka (RoS) tidak meluluskannya, akan jadi sukar, tetapi kami akan berkempen sebagai Pakatan Harapan.”

Sebelum pilihan raya pun dah bermasalah, bagaimana hendak memerintah negara???
Baca pun sudah tau kan siapa “Beliau” yang saya maksudkan??
Beliau ada Raja segala U-Turn yakni Mahathir Mohamad!

Sungguh memalukan!

Leave a Reply