PM BERI MANDAT KEPADA JENTERA BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberikan mandat kepada semua Jentera Barisan Nasional; BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum PRU-14 yang akan datang.

Najib meminta semua jentera menggembleng tenaga dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan yang lebih besar agar kemajuan yang lebih pesat mampu dikecapi di setiap negeri dan rakyat dapat merasai nikmat pembangunan yang akan dan bakal dilaksanakan itu.

“Kita bukan takbur dan Insya-Allah kita boleh menang tetapi kita mahu kerajaan yang kuat. Kita tidak boleh anggap semuanya berada dalam genggaman dan sebab itu kita perlu bekerja kuat.

“Dengan dasar yang jelas bersama kemampuan dan pelaksanaan yang BN ada, kita mampu pastikan kemenangan parti,” katanya begitu berkeyakinan dan berharap agar BN mampu mencapai kemenangan untuk terus memerintah Malaysia demi kesejahteraan rakyat.

PERDANA MENTERI
DATUK SERI NAJIB RAZAK

Leave a Reply