PERUNTUKAN 100 PERATUS BAGI TIGA PARLIMEN DI PERLIS

Perlis merupakan sebuah negeri yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional; BN dan sehingga kini negeri itu tidak pernah dilupakan kerana pelbagai bentuk peruntukan telah pun diberikan. Secara jelasnya, BN akan tetap memberikan sepenuh perhatian kepada Perlis dalam semua aspek termasuklah pembangunan.

Dan…baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan satu peruntukan baharu buat seluruh rakyat negeri Perlis. Tahniah buat perlis!

Negeri itu bakal menerima peruntukan 100 peratus bagi tiga Parlimen yakni Projek Perumahan Rakyat (PPR). Pahang pun tidak dapat 100 peratus ini selepas pengumuman pembinaan baharu sebanyak 1,400 unit rumah PPR di seluruh Perlis.

Yang menariknya lagi… pengumuman tersebut diikuti dengan peruntukan pembangunan projek-projek kecil berjumlah RM9 juta bagi tiga kawasan ParlimenΒ  iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Hal ini membuktikan bahawa kerajaan begitu komited, bahkan setiap masa dan setiap saat memikirkan nasib rakyat dan membantu rakyat tanpa mengira latar belakang. Segala peruntukan yang dibuat adalah demi masa hadapan rakyat dan rakyat seharusnya bersyukur bahawa kerajaan yang memerintah negara sekarang adalah kerajaan yang begitu bertanggungjawab.

Diharapkan BN akan lebih kekal utuh di masa-masa akan datang dan tahniah diucapkan buat Perlis di atas pengumuman peruntukan tersebut. Alhamdulillah~

Leave a Reply