BN TERUS KEKAL “REMAJA” DAN RELEVAN SELAMANYA!

Konsep yang diamalkan oleh Barisan Nasional, BN wajar dicontohi oleh mana-mana badan politik bagi memastikan kerajaan itu sentasa kelihatan “remaja” sekaligus membantu dalam melakukan pelbagai lagi transformasi. Ia juga bertujuan mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum kali ke-14 akan datang dan malah kekal relevan dan diguna pakai sehingga lebih 1,000 tahun lagi dan tahun-tahun seterusnya.

Bukan apa….. Kita tidak mahu parti politik masih mengamalkan konsep lapuk dan ditelan zaman seperti manifesto Pakatan Harapan yang tidak mempunyai sistem yang kukuh untuk memerintah. Mereka yang berangan-angan tidak akan mampu untuk menerajui kepimpinan negara kerana BN sejak dahulu amat berpengalaman dalam memimpin dan mencorak kepada negara berkemajuan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pemimpin sentiasa datang dan pergi dalam parti itu, namun UMNO dan BN sejak dulu lagi sentiasa fokus dan kekal dengan matlamatnya dalam membentuk Malaysia yang lebih maju untuk generasi akan datang.

“Walaupun UMNO adalah parti lama tapi kita boleh bertahan sebab sentiasa mentransformasikan dan meremajakan perjuangan kita selama ini untuk generasi akan datang…banyak lagi yang ingin kita lakukan (untuk rakyat).

“Apa yang UMNO dan BN laksanakan bukan sahaja untuk PRU semata-mata, tetapi kita sudah ada perancangan untuk 20, 30 dan 50 tahun akan datang…contohnya Felcra sendiri adalah antara idea UMNO untuk membantu transformasikan masyarakat di kawasan luar bandar dalam pertanian,” katanya.

 

Leave a Reply