Lima kelemahan besar kerajaan pakatan pembangkang Selangor – Najib

1) Masalah air – Gagal diuruskan oleh kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang, tengok saja jangan tanya alasan. Barisan Nasional dengan Kelantan tiada masalah air. Kita boleh bekerjasama demi kebajikan rakyat. Tapi kenapa tidak di Selangor. Sebab yang memegangnya adalah orang yang pentingkan diri sahaja. Kita lihat keadaan di Selangor berdasarkan rekod SYABAS, terdapat 6 kritikal dan Selangor berada dalam keadaan cemas dan membahayakan seperti telur dihujung tanduk.

2) Tekanan rendah dan perkhidmatan pelanggan yang tidak baik…. Apa cara nak selesai? TUKAR KERAJAAN…dan tawan Selangor. Itu bab air. Kita janji selesai soal bab air jika BN tawan Selangor.

3) Perumahan – Kos rumah semakin mahal dan cukai pula semakin tinggi di Selangor. Selangor tambah cukai sebab itulah ada harga rumah yang semakin naik dan cukai pintu, cukai ambil air laut turut dinaikkan oleh parti pembangkang yang amat mementingkan kedudukan semata-mata, bukannya kebajikan rakyat. Nak ambil air laut pun kena bayar cukai. Nampak sangat pembangkang terdesak!

4) Sampah bertambah – pelupusan tak cukup, bau merata-rata dan menyebabkan keadaan tidak selesa.

5) Perancangan sungai kotor dan penyakit berjangkit semakin meningkat. Denggi merupakan “jaguh” atau “champion” di negeri Selangor. Hal ini membimbangkan rakyat Malaysia khususnya. Parti pembangkang tidak mengambil isu ini sebagai serius dan membahayakan seluruh rakyat.

“Kita beritahu yang kita takkan selesaikan masalah ini sekiranya BN tidak memerintah di negeri Selangor. Pakatan tidak boleh bergantung harapan. Yang penting kita yakni kerajaan Barisan Nasional mesti menguruskan secara bersepadu dan bekerjasama secara erat untuk memastikan kemenangan kali ini. Rakyat perlulah buka mata dan berfikir semula parti yang mampu memerintah dengan baik”.

Contohnya, Kuala Lumpur dan selangor mesti diuruskan secara bersepadu. MRT yang dibuat sebahagian di Kuala Lumpur dan sebahagiannya di Selangor. Kita tidak boleh asingkan. Kita kena berada di bawah satu kerajaan iaitu BN. Negara pastinya akan makmur tanpa ada masalah. Yang penting “TUKAR”…..

PERDANA MENTERI MALAYSIA,
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

 

Leave a Reply