Kedah komited salur peruntukan demi penghayatan Al-Quran

Peruntukan dan bantuan yang diluluskan dalam bajet 2018 bagi memastikan martabat penghayatan Al-Quran dan pembelajaran ilmu agama Islam akan terus disalurkan oleh Kerajaan negeri Kedah.

Dalam memastikan usaha ini berjaya, banyak sekolah agama telah dan akan dibina kelak. Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM4 juta bagi menaik taraf Maktab Mahmud dan Maahad Tahfiz Sains Kedah.

Bantuan lain yang turut diberikan adalah:
1) Meneruskan pemberian dana pengurusan bernilai RM2,000 sebulan kepada 11 pondok yang bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia.
2) 20 pondok dan 64 maahad tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah pula menerima dana khas berjumlah RM10,000.
3) Dana RM3 juta untuk Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) Masjid bagi melakukan sebarang aktiviti keagamaan.

Moga bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah akan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat negeri itu. SYABAS BUAT KEDAH!

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

Leave a Reply