HAPUS GST, KEMBALI SISTEM LAPUK SST; PEMBANGKANG SEDANG MENGABURI MATA RAKYAT

Manifesto Pakatan Harapan; PH yang diketuai DAP untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan SST benar-benar mengecewakan kerana sekali lagi PH memberikan harapan palsu buat rakyat Malaysia.

Manakan tidak! Perkara ini seolah-olah menjadi tanda bahawa pembangkang akan menaikkan cukai pendapatan dan cukai korporat yang akan lebih membebankan rakyat. Hakikatnya, kalau dilihat dalan sudut tersirat, PH tetap akan mengenakan cukai tetapi dengan nama yang berbeza. Mereka hanya ingin mengaburi mata rakyat. Bercakap seperti angin lalu sahaja.

_Malaysia sudah pun menyertai 160 negara yang mengenakan GST dan merupakan kadar yang paling rendah sebanyak enam peratus berbanding negara-negara lain. Lebih 500 barangan asas seperti beras, gula dan sayur-sayuran tidak dikenakan GST._

Kalaulah tiada GST, harga barang tetap tidak akan turun secara semulajadi. Hendak hapuskan GST tetapi tidak tahu cara untuk membaiki sistem percukaian. Andai hendak hapus sekalipun, penurunan harga barang tetap akan bergantung dalam pasaran kompetitif, itupun melalui persaingan yang sihat. PH, simpan sikit “cetek ilmu” tu!

Jika PH berangan nak hapuskan GST, cuba fikir! Kerajaan akan terpaksa menanggung kehilangan hasil negara berjumlah RM 416.6 bilion jika GST, tol, pinjaman PTPTN dan duti eksais dimansuhkan. Manakala, hutang negara akan meningkat kepada RM 1 trilion, menjadikan hutang negara kepada 78 peratus. Ini yang mereka kata hendak membantu tingkat ekonomi negara? AMBOI!!!

_Ia merupakan satu angka yang besar dan kerajaan Barisan Nasional; BN akan pastikan perkara itu takkan berlaku._

Kini, ekonomi Malaysia berada dalam kedudukan baik dan terkawal dengan kadar inflasi menjangka 2 hingga 3 peratus. Perkara ini bukanlah satu rekaan kerana Bank Dunia, IMF dan badan penarafan ekonomi antarabangsa turut mengiktiraf manfaat positif GST, jadi mengapa PH “pandai-pandai” sahaja nak reka cerita yang ekonomi Malaysia tidak baik dan GST perlu dihapuskan. AMBOI!!!

PH benar-benar ambil langkah yang “kurang bijak” cuba hendak memburukkan keadaan. Asyik nak tabur janji je, isu air pun tak selesai lagi, nak tambah lagi masalah negara. Kawal dahulu supaya tidak hanya tahu membangkang sahaja!

PH BENAR-BENAR MENGECEWAKAN !!!

Leave a Reply