MANIFESTO : PTPTN NAK DITANGGUH KE NAK MANSUH? PAKATAN HARAPAN PENING SENDIRI

Cakap dahla tak serupa bikin…dibuatnya pula u-turn untuk manifesto PRU-14. Nampak sangat Pakatan Harapan; PH dah pening sendiri. Janji ditabur dulu pun tak tertunai, nak ditambah pula janji baru. Dulu kata nak mansuh, sekarang nak tangguh pula pembayaran..alahai Pakatan Harapan! Pandai betul buat retorik dan beri harapan palsu kepada rakyat.

Nak raih pengundi, nak cari duit sebab terdesak sangat dan tak menjamin langsung masa depan PTPTN…itulah angan-angan PH yang mahukan kemenangan semata-mata tapi tidak realistik.

Bagi mereka, memberi pendidikan percuma adalah penawaran hebat untuk golongan muda. Konon nak manipulasi mereka. Itulah, nak memerintah negara sebab gilakan kuasa sahaja bukan fikir kan rakyat pun. Hakikatnya…. kalau nak beri pendidikan percuma, negara akan menambah lagi cukai pendapatan dengan lebih tinggi. Rakyat terpaksa menanggung cukai tinggi tersebut. PH nak naikkan cukai ke?

Mereka kata, isu beban hutang yang ditanggung graduan adalah salah Barisan Nasional. Sebenarnya, PTPTN merupakan satu insentif awal yang bertujuan membantu golongan muda untuk menyambung pengajian. Pelan pembayaran turut diberikan namun diambil tak endah je untuk membuat pembayaran…lepastu nak salahkan kerajaan pula, kata membebankan la…banyak hutangla…Salah siapa?

Mereka kata, mereka akan buat penangguhan bayaran pinjaman PTPTN kepada graduan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan dan menghapuskan amalan menyenaraihitamkan peminjam dalam manifesto mereka. Perkara itu akan lebih menyusahkan graduan. Mungkin mereka boleh tangguh tapi sampai bila nak melunaskan hutang kalau macam tu?

Jika dilihat berdasarkan realiti semasa sendiri, akan berlaku peningkatan dari segi peminjam yang tidak membayar balik pinjaman dan negara akan menanggung kerugian yang besar sekiranya manifesto PH itu dilaksanakan.

Berbanding kerajaan Barisan Nasional yang sudah lama memerintah negara dan berkemahiran dalam aspek melaksanakan pelan pembayaran yang mudah dan fleksibel. Tempoh untuk bayaran balik dibuat bermula bulan ke-13, malah boleh dilanjutkan bayaran balik selama 24 bulan. Kaedah ini lebih realistik dan graduan dapat membuat pembayaran secara ansuran dengan lebih mudah dan terkawal. Graduan juga tidak akan terbeban sama sekali sekiranya mengikut pelan pembayaran yang diberikan dan ekonomi negara juga dilihat semakin berkembang dalam keadaan baik.

Leave a Reply