ELAUN ANGGOTA SUKARELA APM BAKAL DINAIKKAN

Seramai 2.1 juta anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; APM bakal menerima kenaikan elaun selepas pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kangar, Perlis semalam.

Insentif tersebut merupakan satu isyarat sebagai tanda menghargai segala pengorbanan dan penat lelah mereka dalam menghulurkan sumbangan kepada mereka kerana sentiasa bersedia dalam menghadapi pengurusan bencana seperti banjir di Malaysia.

APM dilihat sentiasa bekerja lebih masa berbanding anggota sukarela yang lain dan elaun ini juga sekaligus mengiktiraf jasa mereka yang berkhidmat kepada negara tanpa mengira masa.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata permintaan untuk menaikkan kadar elaun anggota APM sudah lama dibuat dan dakwaan bahawa pengumuman timbalan perdana menteri itu dibuat memandangkan pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tidak benar sama sekali.

_”Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional di atas keprihatinan ini dan kenaikan elaun ini akan memberikan kebaikan buat semua anggota APM,” tambahnya lagi._

Leave a Reply