SEKTOR USAHAWAN WANITA DIBERI PENEKANAN – SHAHRIZAT

Dalam memastikan wanita mendapat tempat di hati masyarakat, satu program sempena Hari Wanita Sedunia anjuran Wanita UMNO telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada tarikh 8 Mac lalu.

Program yang dihadiri oleh Ketua Wanita; Tan Sri Shahrizat diiringi oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi Wanita UMNO itu benar-benar memberikan kesedaran kepada wanita agar lebih terus kekal utuh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wanita yang berjaya dan berdaya saing di masa hadapan.

Selaras dengan tema “Press for Progress”, Shahrizat menyifatkan bahawa ia amat memberi penekanan kepada sektor pengusahaan wanita sekaligus meraikan usaha dan memberi penghargaan penuh kepada mereka.

“Sebenarnya, separuh dari wanita di Malaysia mempunyai semangat berniaga, jadi jika diberi peluang untuk memberi latihan kemahiran oleh kerajaan, pastinya mereka akan berjaya di masa hadapan”, kata Shahrizat dalam ucapannya.

Beliau turut memuji wanita di Sabah kerana nilai kelembutan dan kesopanan yang ada secara semulajadi hingga hendak marah pun kelihatan masih beradab. Katanya sedikit berjenaka dan perkara ini menjadi contoh teladan yang baik khususnya buat seluruh wanita di Malaysia.

Leave a Reply