MELABUR KEPADA WANITA ADALAH PILIHAN BIJAK – SHAHRIZAT

Dalam dunia politik,
pelaburan yang memberikan pulangan yang lumayan adalah dengan membuat pelaburan kepada wanita, kerana mereka akan melahirkan lagi aset-aset wanita berdedikasi kepada negara ini.

Lumrahnya, wanita ingin merasai kasih sayang dan hormat daripada kaum-kaum lelaki.

“Oleh itu, saya berharap ruang dan peluang diberikan untuk melahirkan ramai lagi pemimpin wanita di Malaysia. Kami sebagai pemimpin wanita merasa perlu nya kepelbagaian warna dalam sistem pentadbiran politik kerana wanita mempunyai kebijaksanaan tersendiri. Saya kira …wanita-wanita Sabah memilikinya”. Jelas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam Majlis Kupi-Kupi bersama Yab Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman; Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah hari ini.

Jelasnya lagi, mana-mana parti yang hendak berjaya perlu ada ramuan yang cukup di mana seorang wanita tempatnya di sisi seorang lelaki dan berdiri di sisi seorang lelaki yang berjaya adalah seorang wanita.

Leave a Reply