#TIPS: MEMILIH CAT RUMAH YANG BERSESUAIAN

Rumah adalah tempat yang paling penting untuk individu atau sesebuah keluarga berteduh dari sejuk mahupun panas, malah rumah juga menjadi tempat untuk menghilangkan penat dari rutin seharian dengan bertemu seisi keluarga.

Suasana yang tenang pastinya ingin kita rasai apabila masuk ke rumah. Oleh itu, adalah penting dalam pemilihan warna atau cat rumah untuk keselesaan bersama-sama. Namun, tidak semua dapat mengkombinasikan beberapa cat warna yang menarik dan kelihatan mewah. Oleh hal yang demikian, penulis ingin berkongsi beberapa tips dalam pemilihan warna cat rumah yang boleh digunakan buat anda semua.

tips-cara-memilih-warna-cat-rumah-yang-bagus-dan-tepat-cari-di-inilah-cat-rumah-paling-berkualiti-2017.jpg

SUMBER GAMBAR : GOOGLE

Antara perkara yang perlu diberikan keutamaan adalah menentukan kombinasi warna cat. Sesebuah rumah akan menjadi lebih indah dan bersesuaian dengan konsep rumah. Kebiasaannya, ramai yang menggunakan warna neutral berbanding warna-warna yang kelihatan “garang” berdasarkan reka bentuk sesebuah bangunan.

Gambarajah di atas amat membantu dan beberapa terminologi digunakan dalam menjelaskan sesebuah warna.

1) “Hue” adalah sebutan untuk sebuah warna. Merah adalah hue, biru adalah hue. Nilai hue tergantung dari seberapa terang atau seberapa gelap warna tersebut.
2) “Saturation” merujuk kepada seberapa dominan hue sebuah warna. Warna menjadi hal yang perlu kamu perhatikan, apa kamu menyukai kombinasi warna untuk menciptakan sebuah keadaan, atau hanya ingin menonjolkan nuansa satu warna?

15-living-rooms-with-white-and-orange-colors-01.jpg

SUMBER GAMBAR : GOOGLE

Selain itu, anda perlulah mengetahui ciri-ciri warna dan sesuai dengan kepribadian anda. Antaranya:

1) Putih – Kelihatan bersih, simple, neutral dan mewah. Kebiasaannya, pemilik rumah akan menunjukkan warna yang lebih pada perabot untuk menutupi cat putih yang kelihatan dominan.

2) Hitam – Warna hitam menyebabkan sesebuah rumah kelihatan sempit dan menimbulkan kesan yang mistik dan menakutkan. Anda digalakkan untuk menggunakan warna ini untuk melambangkan sesuatu tempat seperti pagar luar rumah. Pemilihan perabot seperti pasu juga sesuai digunakan dengan warna ini.

3) Pastel : Warna ini semakin mendapat perhatian orang ramai kerana dapat melambangkan kesan lembut dan fleksibal bagi penghuninya. Warna yang cerah yang sudah dicampur dengan warna-warna lain mempamerkan keindahannya. Misalnya, warna merah yang bercampur dengan warna skunder seperti putih akan menghasilkan warna merah muda atau pink.

warna pastel.PNG

SUMBER GAMBAR : GOOGLE (WARNA PASTEL)

Seterusnya, kenalilah warna yang benar-benar terbaik untuk ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, stor dan sebagainya. Ruangan-ruangan tersebut perlulah mempunyai warna yang kelihatan sama agar menunjukkan keserasian dan persefahaman ahli keluarga.

Sekiranya anda inginkan warna mengikut kegemaran masing-masing untuk ruangan bilik tidur, pendapat penulis adalah tiada masalah. Kerana jarang tetamu akan masuk ke bilik melainkan hanya menziarah dan berada di ruang tamu.

Jadi, anda seharusnya bersepakat antara ahli keluarga dalam memilih warna. Sekiranya warna luar rumah adalah kuning, jangan pula anda cat dinding dalam rumah dengan warna merah. Nampak seperti tidak teratur dan tidak terurus. Kalau anda ingin letak warna kuning di luar rumah, mungkin cadangan penulis, letaklah warna-warna seperti pink muda atau oren muda di dalam rumah.

Barulah kelihatan menarik. Begitu juga dengan ruang tamu dan ruang makan. Pastikan tema dan reka bentuk adalah bersesuaian. Untuk ruang tamu, letaklah warna seperti putih yang dikombinasikan dengan warna kegemaran anda.

Begitu juga dengan ruang makan. Pemilihan warna seperti oren, kuning atau merah kebiasaannya digunakan. Namun, untuk mengundang selera pemakanan anak-anak anda atau seisi keluarga, warna hijau atau pastel amatlah digalakkan. Penulis yakin anda pasti akan lebih kuat makan selepas ini…hehe

rumah-nyaman-dan-indah-tips-memilih-warna-cat-interior-rumah.jpg

SUMBER GAMBAR : GOOGLE

Berikut adalah serba sedikit warna yang tepat untuk cat rumah dan menghangatkan suasana di rumah anda terutamanya buat tetamu yang bakal berkunjung dalam musim-musim perayaan. Amalkan tips di atas dan penulis yakin bahawa anda sekeluarga akan lebih rajin duduk di rumah dan selesa dengan persekitarannya.

All the best!!!

Leave a Reply