MIC YAKIN CAMERON HIGHLANDS KEKAL MILIK

Parlimen Cameron Highlands merupakan “hak milik” MIC sejak dahulu kala kerana pembangunan dan destinasi pelancongan yang semakin dikenali itu membuktikan bahawa kerajaan melalui MIC amat mementingkan rakyat dan pemerintahannya.

Oleh kerana itu, MIC amat yakin parti itu akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum ke-14 kali ini. Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam percaya bahawa perkara itu telah berlaku walaupun terdapat parti komponen BN yang lain berminat untuk bertanding di kerusi itu.

“Jentera parti MIC sudah melakukan gerak kerja (dalam mendekati pengundi) sejak dahulu. Bagaimanapun, tiada masalah jika (parti komponen) mahu bekerja di sini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Tiada isu dalam perkara itu,” katanya.

Leave a Reply