KERJASAMA EKSPORT MALAYSIA KE TAIWAN MENINGKAT

Eksport Taiwan ke Malaysia menyaksikan peningkatan 8.87 peratus berbanding tahun lalu dalam produk keluaran terutamanya makanan bijiran diproses, pastri, ikan dan kerang-kerangan.

Hal ini membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagangan yang penting untuk Taiwan. Berdasarkan nilai dagangan antara Taiwan dan Malaysia bagi produk pertanian mencatatkan US$205 juta dan naik kepada 5.44 peratus pada tahun 2016.

Antara bentuk dagangan Taiwan dengan Malaysia adalah :

1) Mempromosikan Dasar Selatan Baharu yang dilancarkan oleh kerajaan Taiwan pada 2016 menumpukan pada pengukuhan hubungan dengan jiran di Asia Selatan dan Tenggara, Majlis Pertanian yang dipimpin oleh Lin dan telah membantu menubuhkan Mitagri Co.
2) Mitagri Co. telah mengeksport 22 tan metrik atemoya (hibrid buah nona) ke Malaysia.
3) Eksport atemoya ke Malaysia pada 2018 dijangka mencapai 40 tan metrik.
4) Memperluaskan bahagian dagangan Taiwan dalam pasaran halal memandangkan penduduk Islam melebihi 1.62 bilion di seluruh dunia.

Jelas delegasi dari Taiwan yang diketuai Menteri Pertaniannya, Lin Tsung-hsien ketika melawat beberapa peruncit di Kuala Lumpur yang menjual produk pertanian keluaran negara selama dua hari itu bertujuan memahami dengan lebih mendalam tentang permintaan pengguna tempatan serta jumlah jualan sebenar.

Leave a Reply