KEPUTUSAN BUKA KEDUTAAN MALAYSIA DI PALESTIN DITENTUKAN SELEPAS STATUS BAITULMAQDIS SELESAI

Isu dunia berhubung status Baitulmaqdis membuka mata seluruh negara selepas penaklukan Israel secara tidak sah di tanah milik Palestin itu.

Disember tahun lalu, seramai 128 negara anggota menolak keputusan Amerika melalui pengundian yang telah berlangsung dalam Perhimpunan Agung PBB. Dan hal itu, menyebabkan pengiktrafan Amerika yang ingin menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah terbatal sama sekali.

Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan terus memperjuangkan hak Palestin, Malaysia amat berpegang teguh kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan amat menghormati resolusi tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, keputusan untuk membuka kedutaan Malaysia di Baitulmuqaddis, Palestin hanya akan ditentukan setelah status muktamad bandar itu diputuskan melalui rundingan dua hala Palestin dan Israel di bawah kerangka penyelesaian dua negara.

Hal ini disebabkan sekiranya Malaysia ambil tindakan yang sama tanpa status muktamad Baitulmaqdis, ianya akan dilihat seolah-olah Malaysia memberi laluan dengan mengiakan (legitimise) tindakan Amerika Syarikat yang dikritik majoriti masyarakat antarabangsa dan perkara ini akan menjejaskan proses penyelesaian antara Palestin dan Israel.

Leave a Reply