#TIPS : KETAHUI PERKARA ASAS INI SEBELUM MEMILIKI KERETA

Apa yang anda faham mengenai kereta?
Apa yang anda faham mengenai penjagaan kereta?
Apa yang anda faham berkenaan minyak hitam?

Menghantar kereta ke bengkel memanglah mudah sebab hantar dan biarkan mekanik membuat kerjanya untuk servis kereta. Namun, jika anda tersilap langkah walaupun selangkah, anda mungkin akan tertipu dengan bengkel yang “cekik darah” disebabkan caj perkhidmatan yang tidak munasabah. Barangkali anda akan mengalami kerugian yang besar.

Sanggupkah anda ingin lalui perkara seperti ini?
Admin bertanya kerana ambil berat terutamanya buat kaum-kaum wanita yang mula bercita-cita untuk memiliki kereta sendiri. Wanita perlulah mengetahui perkara-perkara asas ini demi menjaga keselamatan diri, kereta dan wang anda.

Jom kita baca tips-tips penjagaan di bawah ini~

 

Related image

 

 

1. MINYAK HITAM

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER

Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).

3. SPARK PLUG

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.

Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.

Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. BATERI KERETA

Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.

Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.

Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.

Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

Related image

5. TIMING BELT

Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.

Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.

6. CLUTCH PLATE

Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.

Related image

7. FUEL FILTER

Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. AIR FILTER (Filter Udara)

Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.

Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.

Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. GEAR OIL

Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. RADIATOR COOLANT

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.

Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.

Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14. MINYAK GEAR

Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.

Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.

15. FLUSH

Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.

Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.

Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

16. WATER PUMP

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.

Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

 

Leave a Reply