SULTAN MUHAMMAD V SOKONG CADANGAN GUBAL UNDANG-UNDANG TANGANI BERITA PALSU

Agong sokong cadangan gubal undang-undang tangani berita palsu, fitnah

SUMBER GAMBAR : BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V MENYOKONG cadangan penggubalan undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial hari ini kerana menganggap media sosial seperti facebook, twitter, blog dan youtube amat berpengaruh dalam membentuk nilai dan budaya sesuatu masyarakat.

Hal ini berikutan berlakunya pelbagai fitnah dan berita palsu yang kian menular dalam kalangan Malaysia yang perlu dibendung. Hal ini pastinya membimbangkan semua pihak terutamanya buat golongan anak-anak muda yang sedang menuju dalam dunia pembangunan.

Ada sesetengah golongan yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan dan “brainwash” anak-anak muda dengan mengatakan kerajaan memberikan rasuah dan sebagainya. Perkara ini adalah tidak benar sama sekali kerana terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan kerajaan komited untuk membantu rakyat yang memerlukan sejak awal pemerintahannya.

Oleh itu, baginda menitahkan bahawa semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk mempertahankan budi pekerti dan nilai-nilai baik budi pekerti.

Baginda bertitah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Sidang Parlimen ke-13 hari ini di Dewan Rakyat dan bersyukur kerana kerajaan mampu kekal fokus dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

gubal undang2 berita palsu

Leave a Reply