Sidang Dewan Rakyat terakhir sebelum PRU bermula

Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari bermula hari ini sehingga 5 April
Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam Parlimen Ke-13 yang bermula hari ini pastinya
menjadi tumpuan kerana ia merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Jika tiada pengumuman pembubaran Parlimen, Dewan Rakyat akan terbubar dengan sendiri pada 24 Jun ini. Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari bermula hari ini sehingga 5 April.

Mesyuarat pertama bagi penggal keenam Parlimen ke-13 itu akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V jam 10 pagi pada hari pertama persidangan bermula hari ini.

Persidangan akan dimulakan dengan usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja selama dua minggu, sebelum menteri-menteri menjawab perbahasan tersebut pada minggu ketiga. Ini akan diikuti perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu keempat dan kelima.

Antara yang menarik dan boleh dijangka pada sesi kali ini

  1. Pembentangan tentang rang undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya yang mungkin diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan ia diguna pakai dalam PRU-14 kali ini.Mengikut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), urusan persempadan semula seluruh negara telah selesai dan hanya Selangor yang berada pada peringkat syor kedua.
  2. Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

SUMBER : ASTRO AWANI

Leave a Reply