Kerajaan Setuju Bina Pelabuhan Laut Kuala Sanglang

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata bahawa kerajaan bersetuju terhadap cadangan pihak swasta untuk membangunkan sebuah pelabuhan laut di Kuala Sanglang di kawasan Jerlun selain membenarkan kajian kebarangkalian, keuntungan dan kemungkinan projek itu dijalankan.

Projek ini mendapat sokongan dari rakan sejawat beliau di Thailand dan diharapkan bahawa pelabuhan yang bakal direalisasikan itu akan dapat memendekkan tempoh perjalanan kargo antara kawasan utara semenanjung dan selatan Thailand serta menggalakkan kapal-kapal berkapasiti besar untuk berlabuh.

Beliau yakin bahawa kargo yang datang dari Eropah nak ke Asia Timur perlu turun di Singapura baru-baru ini pastinya mengambil masa yang lama. Dan…diharapkan penubuhan ini akan menjimatkan tempoh perjalanan (kapal) kargo sebanyak lima hingga tujuh hari.

 

Leave a Reply