KERAJAAN AKAN TERUS MEMBANTU MASYARAKAT INDIA

Sebanyak RM980 juta diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sejak tahun 2008 membuktikan bahawa kerajaan akan terus membantu masyarakat ini dari aspek pendidikan, sosial dan sebagainya.

image (12).jpg

Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun menubuhkan satu unit khas di bahawa Jabatan Perdana Menteri untuk memperkasa dan melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India (MIB).

Jelas Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semasa berucap melancarkan Konvensyen Gerak Gempur Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Sembilan baru-baru ini, penubuhan unit itu bertujuan mencari penyelesaian untuk setiap isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat India dan diyakini bahawa masa hadapan mereka akan lebih baik dan cerah.

Leave a Reply