TERTEKAN? JOM IKUT TIPS INI :)

Anda tertekan sehingga tidak lalu makan? Anda mula memikirkan untuk berhenti dari semua kerja dan berehat seketika terutamanya buat kaum wanita yang terpaksa bekerja, menjadi suri rumah tangga, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, mak dan isteri? Saya yakin bahawa anda semua pasti pernah melalui situasi yang telah saya sebutkan tadi. Bahkan lebih dari tu kan?

release tension.jpg

Kajian mendapati sebanyak 80% pekerja mengalami tekanan dengan tugasan yang terpaksa dipikul dan separuh daripadanya memerlukan bantuan untuk mengatasinya kerana dikhuati akan berlaku kemurungan yang memudaratkan.

Dalam era globalisasi ini, pastinya sukar kerana terdedah dengan lebih banyak peluang yang wujud. Kalau tidak dikejar, kita akan ketinggalan. Kalau dikejar semuanya, stress pula… begitulah lumrahnya.

Namun, saya ingin kongsikan kepada anda semua tips-tips yang boleh diikuti antaranya :
1) Ubah cara anda berjalan
– Kajian mendapati bahawa berjalan mengikut rentak sambil menghayunkan tangan membuatkan anda satu aura positif walaupun ketika anda sedih.
2) Luangkan masa untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukarelawan.
3) Mencari kawan yang baru dan berada dalam situasi “circle positive”. Cara ini lebih menyeronokkan kerana anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis perwatakan dan cerita. ianya membuatkan anda tidak bosan apabila mempunyai ramai kenalan.
4) Bersukan juga mampu mempengaruhi mood seseorang selain dapat menyihatkan anggota badan. Tidak perlu lama-lama, cukuplah hanya 5 minit sahaja sudahpun memadai.
5) Mendengar muzik yang lebih menenangkan. Rentak muzik hendaklah stabil dan tidak membuka lagu-lagu sedih yang akan membuatkan anda menangis. Dengan je lagu rancak. InshaAllah mood anda akan lebih stabil.
6) Tidur dalam sejam untuk merehatkan mata dan kepala. Apabila anda tidur, fikiran anda akan jadi tenang kerana berehat dari segala masalah. Apa yang kita lihat itulah akan mempengaruhi pemikiran. Oleh itu, berehatlah.

InshaAllah…kalau anda rasa tertekan. Cuba ikut 6 tips di atas. Moga anda sentiasa ceria selalu dan dapat melaksanakan segala pekerjaan dengan lebih baik.

Leave a Reply