TANGANI MASALAH PENULARAN HADIS PALSU

Masalah penularan hadis-hadis palsu yang melangkaui bahan-bahan bercetak perlulah ditangani dengan segera agar kemaslahatan agama Islam dapat dijaga dengan baik. Para ilmuan agama perlulah berhati-hati dalam menyebarkan dakwah Islam kerana ianya akan memberikan impak jangka panjang kepada agama dan tanah air.

awas-hadist-palsu007

Jabatan Kemajuan Islam serta Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri perlulah mengadakan pemantauan terhadap bahan bercetak kerana tertakluk kepada piawaian seperti Nombor Buku Piawai Antarabangsa (ISBN) dan penceramah akan sukar mengawalnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua agensi tersebut perlu memantau ‘penceramah-penceramah segera’ yang menggunakan hadis-hadis palsu daripada terus memesongkan pengikut-pengikutnya.

“Penceramah fizikal boleh ditegur atau ditarik tauliahnya tetapi bagaimana kalau ada ceramah-ceramah itu disebarkan di YouTube menyebabkan yang pengikut-pengikut menjadi taksub? Bagaimana pula dengan penulisan dalam teknologi baru?” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mencadangkan agar Jakim serta Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran bersama Lajnah Tahqiq Sahih memulakan garis panduan menggunakan teknologi baru melalui tanda pagar.

Leave a Reply