#TIPS ; CONTOHI ANGKASAWAN NEGARA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

 

Jika anda masih ingat salah seorang ikon terbaik negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang bukan sahaja bergelar seorang angkasawan negara, malah merupakan seorang Pakar Bedah Ortopedik yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia.

Beliau dikurniakan 4 orang cahaya mata dua kembar lelaki dan dua perempuan bersama isteri tercintanya iaitu Dr. Halina Mohd Yunos yang juga merupakan pakar perubatan.

24127027_2039132913034010_5291650126740193280_n.jpg

Kedua-dua figura hebat tersebut menggunakan beberapa kaedah yang teratur, sistematik dan seimbang dalam mendidik anak-anak.

Antara kaedah yang dapat kita perhatikan apabila melayari instagram angkasawan negara tersebut adalah menghantar anak-anak perempuannya; Bella dan Tasha ke sekolah mandarin. Beliau mengulas bahawa sekolah mandarin adalah pilihan terbaik kerana teknik pengajaran yang luar biasa, pelajar lebih berdisplin dan mereka dapat mempelajari bahasa asing dengan cepat.

Meskipun begitu, kesukaran untuk membeli makanan di kantin sekolah bukanlah penghalang. Menurutnya dalam kenyataan di instagram, dia dan isteri akan memastikan bekal makanan dibawa oleh anak-anak mereka dari rumah setiap hari.

26070613_1764000147235865_6096907429033803776_n.jpg

Menerusi entri instagram beliau, Sheikh Muszaphar turut mendedahkan rutin harian yang dilakukan oleh Bella dan Tasha sebagai menjawab persoalan dan permintaan pengikut di alaman sosial tersebut.

“Bella seronok ke sekolah. Disebabkan permintaan ramai, hari ini nak bercakap Melayu pulak”

“Dah 8 hari budak-budak ke sekolah. Bella di Tahun 1 dan Tasha pergi ke ‘Kindergarten”. Kedua-duanya sekolah cina. Nampaknya mereka begitu serasi dan seronok walaupun dikejutkan pada jam 6 pagi.”

“Bella dah ada ramai kawan dan selalu ceritakan mengenai hal-hal sekolah. Dah mula bercakap Mandarin bersama Tasha. Kadang-kadang menyanyi lagu cina bersama-sama, Haha”.

25039533_145886809398790_2496900819740262400_n.jpg

26066829_136827170331371_6602162751760498688_n.jpg

Bukan itu sahaja, beliau akan memastikan anak-anaknya seimbang dari aspek kerohanian juga. Pada sebelah petang, anak sulungnya akan menghadiri kelas agama untuk mempelajari subjek pendidikan Islam, Al-Quran, Sunnah dan sebagainya. Hal ini membuktikan bahawa seawal usia 6 tahun sahaja, Bella sudahpun khatam Al-Quran. Hal ini jelas menjadi contoh teladan yang baik buat ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mendalami ilmu agama Islam.

Amalan menabung juga dididik dalam jiwa anak-anaknya untuk membentuk mereka menjadi seorang yang berjimat-cermat dalam mengeluarkan perbelanjaan. Katanya RM1 sahaja sudah memadai sekiranya membawa bekalan makanan dan ajar mereka menabung.

26065550_348265165582422_3527379189059551232_n.jpg

Antara perkara yang turut diambil perhatian oleh beliau adalah memastikan anak-anaknya belajar dan aktif dalam sebarang aktiviti sukan. Perkara ini pastinya sukar buat kanak-kanak, bukan? Kerana….mereka akan cepat letih dan sakit.

Namun, aktiviti sukan yang dilakukan oleh beliau untuk anak-anaknyaΒ  bertujuan mengelakkan mereka menjadi lemah dan manja apabila berhadapan dengan orang ramai. Beliau akan mengajar teknik pernafasan di dalam air, berenang dan taekwando. Selain meningkatkan kecerdasan diri, ianya dapat membantu menguatkan otot-otot badan dan dapat menyelamatkan diri apabila berada dalam situasi kecemasan. Oleh itu, beliau akan melantik jurulatih renang yang khusus untuk mengajar Bella.

Ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak-anak kecil perlulah mendidik anak-anak mereka agar mampu menjadi seorang insan yang berguna. Rata-rata ramai yang memuji cara Sheikh Muszaphar dan isteri dalam mendidik anak-anak. Laman sosialnya sentiasa menjadi tempat rujukan netizen dan tidak ketinggalan bertanya kaedah-kaedah tepat untuk mendidik anak-anak.

 

Leave a Reply