KAUM KADAZANDUSUN DAN MURUT TEGUH BERSAMA BN

 

Kaum Kadazandusun dan Murut akan tetap teguh bersama pemerintahan Barisan Nasional kerana parti itu adalah yang terbaik untuk memerintah negara ini. Rata-rata penduduk di kawasan Keningau tersebut menyifatkan bahawa mereka yakin dengan kewibawaan BN yang sentiasa komited membantu rakyat.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno berkata rakyat Sabah, khususnya masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara perdana menteri terbaik di negara ini dan diharapkan sokongan kuat kaum di Keningau tersebut akan membantu BN dalam menghadapi pilihanraya umum kali ke-14 ini.

“Saya optimis dengan apa yang saya katakan ini,” tambahnya lagi.

Leave a Reply