TIDAK SEMUA MAMPU BERTAHAN SEPERTI TEKUN NASIONAL

bannerWebsite_tekun_bertahan

Tidak semua mampu bertahan seperti TEKUN Nasional! Benar…. Penulis setuju dengan kenyataan ini kerana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) telah teguh berdiri selama 20 tahun dan perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah apabila dilihat dari pelbagai aspek.

Dalam kewujudan dan keteguhannya, berdiri sebuah pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang sangat komited untuk membantu rakyat tanpa mengenal erti berputus asa dan penat lelah dalam perjuangannya. Hal ini mendorong TEKUN Nasional untuk mampu bertahan tidak seperti pembangkang yang hanya buat “sekadar ala kadar” sahaja.

Pengerusinya; Datuk Nor Azita Abdul Rahman menjelaskan bahawa hal ini terbukti apabila beliau telah menerima maklumat daripada golongan usahawan di Selangor ketika dialog TEKUN yang mendakwa Program HIJRAH anjuran parti pembangkang berhadapan dengan pelbagai masalah selepas empat bulan diperkenalkan.

Mana tidaknya,  empat bulan sahaja ia berikan pinjaman bulan kelima sudah tidak boleh sebab nak kutip balik hutang bukannya mudah.  Kalau dikira semula, TEKUN Nasional satu Malaysia sahaja telah mengeluarkan RM30 juta sebulan sahaja untuk pinjaman. Namun, peruntukan pembangkang  hanya RM10 juta sebulan. Pastinya tidak mencukupi.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa TEKUN Nasional adalah pilihan bijak dalam membuat sebarang pembiayaan pinjaman perniagaan. Usahawan seluruh negara yang telah berjaya dalam perniagaan masing-masing menerusi TEKUN seharusnya menghargai kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan tetap terus bersama-sama kerajaan.

“Kita tidak mahu tanggungjawab kerajaan bagi peruntukan untuk bagi pinjaman kepada usahawan tetapi kita juga mahu usahawan itu ada rasa tanggungjawab juga untuk menghargai apa yang kerajaan dah sediakan untuk para usahawan,” ujar beliau.

 

Leave a Reply