TAHNIAH TEKUN NASIONAL : LANCAR BUKU “500 USAHAWAN BERJAYA TEKUN NASIONAL”

Tahniah diucapkan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) kerana telah berjaya melancarkan buku “500 Usahawan Berjaya Tekun Nasional” yang mempunyai 276 halaman bercetak.

Untuk makluman anda semua, buku itu telah memuatkan pelbagai kisah kejayaan usahawan-usahawan dari seluruh negara dalam pelbagai sektor dan yang pastinya diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usahawan lain untuk lebih berusaha dalam perniagaan yang diceburi.

DATUK NOR AZITA ABD RAHMAN

Pengerusinya; Datuk Nur Azita Abdul Rahman mengharapkan agar buku edisi kedua ini menjadi sumber rujukan selepas edisi pertama diterbitkan tahun lalu. Kini, Tekun Nasional masih dalam usaha mengumpul lebih banyak maklumat usahawan berjaya dalam bentuk pangkalan data yang dipanggil TITAN. Pangkalan data itu juga akan dijadikan rujukan dan sumber maklumat usahawan berjaya.

28238384_1966840906678566_3782699388617152705_o.jpg

Pelancaran buku itu diadakan di Ibu Pejabat Tekun Nasional, Kuala Lumpur dan sehingga kini, institusi itu telah menyalurkan RM5 bilion kepada 402, 842 usahawan melibatkan 527, 080 pinjaman.

Menjelang tahun 2018, Tekun Nasional menyasarkan pemberian pembiayaan berjumlah RM500 juta yang dijangka dapat memberi manfaat kepada 35,000 usahawan di seluruh negara.

Masyarakat diharapkan tidak berdiam diri dengan hanya melihat kejayaan yang dikecapi oleh usahawan lain. Semoga dengan adanya buku ini mampu mencetus inspirasi buat mereka di luar sana. Didoakan juga agar hasrat itu dapat dikecapi bersama-sama dan sekali lagi syabas diucapkan buat TEKUN Nasional!

 

Leave a Reply