SEDIKIT-SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT. JOM MENYIMPAN!

“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Pepatah ini masih sesuai digunakan pada masa kini memandangkan setiap anda berkeinginan untuk membina masa hadapan yang lebih baik. Mungkin pada mulanya anda akan rasa sedikit terbeban, namun hasilnya anda akan rasa berpuas hati kerana ada simpanan yang dibuat.

Hari ini penulis ingin berkongsi tips berguna untuk anda yakni TIPS-TIPS MENYIMPAN DUIT YANG BERKESAN.

bigstock-Malaysian-Currency-3321299-1.jpg

1) Berbelanja secara berhemah.

Kebanyakan mereka yang menyimpan tanpa tujuan akan secara tiba-tiba menggunakan duit yang ditabung untuk membeli sesuatu, kemudian menyesal. Mari kita lihat! Sebenarnya, anda semua tidak payah sekat perbelanjaan. Beli sahaja barang keperluan yang diingini dan kurang berbelanja barangan kehendak.

Paling tidak pun, kalau hendak beli pakaian, belilah sekali sebulan. Jangan kedekut duit sangat. Walaubagaimanapun, pastikan anda list dahulu barangan sebelum membeli terutamanya apabila di pasaraya yang membuatkan anda rambang mata.  Pertimbangkan setiap sen yang ingin dikeluarkan dan rajinkan buat perbandingan harga.

Konsep inilah yang perlu diamalkan dan bawa duit yang terhad untuk perbelanjaan anda. Usah membawa duit yang berlebihan ketika berbelanja. Cuba cara ni! Anda akan rasa bawa duit tidak cukup untuk memberi barang yang tidak berguna.

2.jpg

Sumber gambar : Google

2) Sediakan tabung simpanan

Penulis tertarik dengan tabung yang dibuat oleh seorang blogger yang menghasilkan tabung daripada balang kuih raya. Dia menggunakan balang yang bersaiz besar dan muat untuk isi tempeyek yang dihiasi dengan kreativitinya. Melalui idea itu, anda juga boleh hias balang tersebut yang memberikan motivasi untuk menyimpan.

Namun, sekiranya anda risau duit akan dikeluarkan dari balang kerana “tangan tu gatal” nak keluarkan duit tu, anda boleh seletip penutup balang dan menebuk di bahagian tengah penutup tersebut. Namun, semuanya bergantung pada kreativiti anda.

warga-emas-jual-isteri-dengan-rakan-rm20-sahaja.jpg

Sumber gambar : Google

3) Kenapa RM20?

Sehari kalau anda simpan sebanyak RM20 misalnya, dan sebulan pula ada 30 hari.. anda boleh menyimpan sebanyak RM600. Kalau anda simpan lebih lagi, maka lebih banyaklah simpanan anda.. cuba buat dan simpan tabung tersebut di tempat yang sukar untuk dilihat dan selamat.

Disebabkan duit RM20 adalah berwarna oren. Cuba anda asingkan RM20 setiap kali ada baki dalam “Wallet”. Lama-kelamaan anda akan terbiasa untuk tidak berbelanja dengan wang yang berwarna oren tersebut. Kalau sukar buat anda, mungkin anda boleh bayangkan bahawa duit RM20 itu tidak boleh berbelanja kerana warnanya dan sebagainya.

s.jpeg

4) Paksa diri tetapkan jangka masa tempoh menyimpan

Pastinya sukar untuk menetapkan jangka masa sebab hendak beli macam-macam sekiranya ada duit. Paling tidak pun, anda akan rasa macam nak “skip” je selang sehari. Anda biasanya akan beli dahulu, kemudian berjimat. Ada yang nak berkahwin, membeli kereta dan membeli rumah. Sekiranya anda tidak menggunakan kaedah ini, berkemungkinan sasaran yang anda kejar mengambil masa yang lama.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menyasarkan masa dan simpan duit dengan jumlah yang tetap. Pada masa itu, hajat anda akan tercapai kerana mempunyai “dateline” sendiri dan perkara ini akan memberikan motivasi kepada anda.

maxresdefault.jpg

5) Berhenti membuat hutang yang baharu

Hutang ialah pembunuh besar kepada kekayaan kerana gaji yang diterima setiap bulan akan ditolak dengan gaji anda. Jangan menganggap pinjaman peribadi sebagai jalan keluar kerana ianya akan menambah masalah anda, bukan mengurangkan penyelesaian anda.

Elakkan daripada menggunakan kad kredit yang membuatkan anda boros ketika berbelanja dan tidak sedar wang yang digunakan melebihi had. Perkara ini membahayakan sebenarnya. Kalau anda rasa wang tidak mencukupi pada bulan tersebut, pastikan anda membeli barangan yang perlu sahaja. Kalau rasa peti ais masih boleh digunakan, gunakan dahulu. Bukan membeli peti ais yang baru kerana tidak cantik.

catat perbelanjaan harian.jpg

6) Potong perbelanjaan yang tidak perlu.

Kali pertama ‘melihat’ kemana wang kita dibelanjakan, mungkin akan memberikan tekanan kepada kita. Pada masa inilah pelbagai soalan akan timbul.

“Kenapalah aku beli itu,”

“Kenapalah aku merokok,”

“Kenapalah tak boleh tunggu bulan hadapan,”

Ini perkara normal bagi manusia. Tugas kita disini ialah untuk memastikan kesilapan pada bulan semasa tidak berulang di bulan hadapan. Setiap kali hendak keluarkan duit, ingatlah kepada matlamat, jangka masa dan jumlah yang perlu disimpan.

* KESEMUA cara di atas amatlah bagus untuk dilaksanakan dan mulakan menyimpan pada hari ini. Lama-kelamaan, anda akan berfikir lebih banyak cara untuk menyimpan dengan cara anda sendiri. Selamat menabung untuk masa hadapan yang lebih baik.

MOGA BERMANFAAT! ^^

Leave a Reply